YAQZATAN (bertemu nabi secara nyata)



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Yaqozah adalah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dalam keadaan sedar (tidak tidur/ bukan mimpi). Para wali Allah kebiasaannya menerima didikan dari Rasulullah s.a.w. melalui cara ini. Ini kerana mereka telah dibukakan hijab oleh Allah Ta'ala dapat melihat perkara ghaib seperti malaikat, ruh manusia terdahulu, syurga, neraka, iblis syaitan, dan lain-lain perkara ghaib. Para bomoh belum dibuka hijab kerana mereka sebenarnya hanyalah dibukakan alam jin shj. (Jin termasuk makhluk yg akan dihisab diakhirat).

Dalil Utama: Hadith Bukhari seperti di atas mafhumnya "Sesiapa yg melihatku didalam mimpi, maka dia akan bertemu dengan ku dalam jaga, sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku"

Dalil pertama: Pertemuan Nabi Muhammad SAW dengan Nabi Musa a.s.
Ketika Rasulullah SAW dimikrajkan, baginda dipertemukan dengan Nabi Musa a.s. sedangkan Nabi Musa telah wafat lebih 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad. Oleh kerana besarnya peristiwa ini maka Allah rakamkan di dalam Al Quran dengan firman-Nya:
Maksudnya: “Maka janganlah kamu ragu tentang per temuanmu (dengan Musa ketika mikraj).” (Sajadah: 23)
Dalil kedua: Solat jemaah Nabi SAW dengan para rasul
Nabi Muhammad SAW bersembahyang berjemaah dengan para rasul di malam Israk sebelum baginda dimikrajkan. Firman Allah:
Maksudnya: “Dan tanyalah orang-orang yang Kami utus sebelum kamu (wahai Muhammad) di antara para rasul Kami itu.” (Az Zukhruf: 45)
Di dalam Tafsir Al Qurtubi, juzuk ke-7, ms 5915 tercatat:
“Masalah bertanya kepada anbiya di malam mikraj, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa para anbiya bersembahyang dengan berimamkan Rasulullah SAW dalam tujuh saf. Tiga saf terdiri dari rasul-rasul. Manakala empat saf lagi untuk nabi-nabi. Pertemuan Nabi SAW ini adalah dalam keadaan jaga dan Nabi SAW telah bertanya sesuatu kepada mereka di malam itu.”
Dalil ketiga: Hadis dari Abu Hurairah r.a.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Aku dengar Nabi SAW ber sabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku di dalam keadaan jaga dan syaitan tidak boleh menyerupai diriku.” (Sahih Bukhari, juzuk ke-9, m.s. 42)
 Pengakuan Ulama Mengenai Yaqazah
Ibnu Arabi dalam kitabnya Fara’idul Fawa’id menulis:
“Adalah harus (khususnya bagi wali Allah yang diberi karamah) untuk bertemu dengan zat Nabi SAW baik rohnya atau jasadnya kerana Rasulullah SAW seperti lain-lain nabi dan rasul, semuanya hidup bila mereka dikembalikan (kepada jasadnya) serta diizinkan oleh Allah keluar dari kuburnya.”
Dalam kitab Al Khasoisul Kubra, Imam As Sayuti dalam Syarah Muslim oleh Imam Nawawi menulis:
“Jikalau seseorang berjumpa Nabi SAW (dalam mimpi atau jaga), baginda menyuruh akan sesuatu perbuatan (sunat), melarang satu larangan, menegah atau menun jukkan suatu yang baik, maka tiada khilaf ulama bahawa adalah sunat hukumnya mengamalkan perintah itu.”
Datuk Seri Maharaja Datuk Seri Utama, Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Brunei Darus salam, mengeluarkan fatwa melalui Pejabat Mufti, Kemen terian Hal Ehwal Agama, Negara Brunei Darussalam pada 14 Jamadil Awal 1408H, 4 Januari 1988 iaitu: 
“Maka nyata dari kata-kata ulama yang di atas ini bahawa berjumpa dengan Nabi SAW waktu tidur atau waktu jaga dan Nabi SAW mengajar akan sesuatu ilmu, suatu doa, suatu selawat dan suatu zikir, adalah harus dan boleh, bagaimana telah berlaku pada ulama-ulama, ahli ilmu Islam, wali-wali Allah dan orang-orang solehin, kita berkata perkara seperti itu termasuk di bawah erti kata fadhailul a’mal.
Adapun perkara halal dan haram telah tertutup dengan berhenti wahyu kepada Nabi kita dan dengan wafat Nabi kita SAW sebagaimana kita telah sebutkan di awal-awal rencana ini.
Sila baca kitab-kitab berkenaan wali-wali Allah seperti Syawahidul Haq karangan Syeikh Yusuf Anbahani dan kitab Lathoiful minan karangan Al Arifbillah Tajuddin bin Athaillah As Sakandari yang meninggal tahun 709H dan Jami’u Karamatil Auliya karangan Syeikh Anbahani dan Hilyatul Auliya oleh Al Hafiz Abu Naim dan karangan Al ‘Alamah Dr. Abdul Halim Mah mud, Mesir dan lain-lain.”
"Sesiapa yang menipu tentangku dengan sengaja, sediakanlah tempatnya di dalam neraka" Maksud Hadith. Berhati-hatilah tentang isu ini. Jangan sengaja menipu tentang yaqazah dan jangan sengaja menolak yaqazah tanpa usul periksa.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Entri Unggulan

Maksiat Hati.

Ketatahuilah bahwasanya agama islam sangat mengedepankan akhkaq yang baik serta hati yang bersih dari segala penyakit yang akan menyengsarak...

Entri paling diminati