Serba Empat, Satu Yang Dipilih ALLAH
Syeikh Abdul Qadir al-Jilany
Allah memilih dari segala sesuatu yang ada, empat hal, lalu dipilihnya salah satu:
1. Allah memilih empat Malaikat, Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail, lalu Allah memilih Jibril.
2. Allah memilih empat dari para Nabi -- sholawat salam bagi mereka -- ; Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad. Lalu Allah swt memilih Nabi Muhammad saw.
3. Allah memilih empat dari para sahabat, Abu Bakr, Umar, Utsman, dan Ali -Rodlyallahu anhum -- Lalu Allah swt memilih Abu Bakr ash--Shjiddiq ra.
4. Allah memilih empat dari masjid: Masjidil Haram, Masjidil Aqsha, Masjid Nabawi Madinah yang Musyarrafah dan Masjid Thursina. Lalu Allah swt memilih Masjidil Haram.
5. Allah memilih empat dari hari-hari: Hari Idul Ftri, hari Idul Adha, hari Arafah, dan hari Asyura’. Lalu Allah swt memilih hari ‘Arafah.
6. Allah memilih empat dari malam. Malam Al-Bara’ah, Malam Qadar, Malam Jum’at, dan Malam Ied. Lalu Allah swt memilih Lailatul Qadar.
7. Allah memilih empat dari lembah: lembah Makkah, Lembah Madinah, Lembah Baitul Muqaddas dan sepuluh Masjid. Lalu Allah swt memilih lembah Makkah.
8. Allah memilih empat bukit: Bukit Uhud, Bukit Thur Sina, bukit Lukam, dan bukit Libanon, Lalu Allah swt memilih bukit Thursina.
9. Allah memilih empat Sungai: syngai Jeihon, Sungai Seihunj, Sungai Niil, dan Sungai Eofrat.Lalu Allah swt memilih Sungai Niil.
10. Allah memilih empat dari bulan: Bulan Rajab, Sya’ban, Ramadlan dan Muharram, Lalu Allah swt memilih Sya’ban.
Musuh Para Wali
- حدثني محمد بن عثمان بن كرامة: حدثنا خالد بن مخلد: حدثنا سليمان بن بلال: حدثني شريك بن عبد الله بن أبي نمر، عن عطاء، عن أبي هريرة قال:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (إن الله قال: من عادى لي ولياً فقد آذنته بالحرب، وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه، وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه، فإذا أحببته: كنت سمعه الذي يسمع به، وبصره الذي يبصر به، ويده التي يبطش بها، ورجله التي يمشي بها، وإن سألني لأعطينَّه، ولئن استعاذني لأعيذنَّه، وما ترددت عن شيء أنا فاعله ترددي عن نفس المؤمن، يكره الموت وأنا أكره مساءته)
.
Dalam hadith riwayat Imam Bukhari di dalam kitab Sahihnya di
atas, Tuhan telah isytihar perang terhadap sesiapa yang memusuhi wali Nya.
Andaian 1: Semua umat Islam adalah wali Allah.
Jawapan; Salah sebab kalau benar begitu mengapa Tuhan campak sebahagian umat Islam ke dalam neraka.
Andaian 2: Wali Allah adalah umum kepada orang yang menjaga agama Islam dikalangan ulama'.
Jawapan: Terlalu umum, bukankah ada ulama' dunia dan ulama' akhirat serta ulama' Ahlullah.
Andaian 3: Aku adalah wali Allah sebab hatiku sangat rasa hampir dengan Allah.
Jawapan: Kalau anda wali Allah, kenapa Allah tak maqbulkan doa anda? Bukankah hadith di atas sebut "فإذا أحببته: كنت سمعه الذي يسمع به"
Andaian 4: Ustaz xxxx.... adalah wali Allah.
Jawapan: Kalau dia wali Allah, tentu Allah pelihara dia dari kemurkaanNya dan Allah mengisytiharkan perang terhadap musuhnya. Maka celakalah sesiapa yang menjadi sasaran perang dari Allah Ta'ala. Anda sanggup?
Andaian 5: Takkanlah Ustaz xxxx.... adalah wali Allah.
Jawapan: Wali Allah juga bermaksud kekasih Allah. Perasaaan cinta yang wujud dalam hati manusia tak dapat dilihat dengan mata kasar. Anda dah tanya Allah soalan ini? Buatlah solat hajat dan istikharah mohon petunjuk untuk perlihatkan kebenaran dan kesesatan.
Andaian 6: Takkanlah Ustaz xxxx.... adalah wali Allah sebab dia zikir tak betul sebutan.
Jawapan: Anda dah tanya dia apa yg dia ucap semasa zikir? Apa yg dia rasa masa zikir? Siapa tak rasa, dia takkan tahu من لم يذق لم يدري. Kadangkala orang disebelahnya sahaja yg tak betul sebutan semasa berzikir lalu fitnahnya tersebar luas kepada semua orang dimasjid tersebut.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
TAWASSUL
Tawassul ialah perantaraan. Dalam istilah tasawwuf, tawassul bermaksud perantaraan untuk membimbing mendekati Tuhan.
Dalam sistem dunia, jika kita hendak berjumpa dengan sultan, perlulah kita berjumpa dengan ketua adat istiadat terlebih dahulu agar kita tidak tersalah adab dengan sultan. Kalau tersalah adab, sultan murka, padah hukumannya. Kita perlu bimbingan dari ketua istiadat agar dia membimbing kita cara menghadap sultan dengan betul, cara bercakap dengan sultan, cara duduk, cara berdiri, cara makan, cara ketawa, cara meminta izin mengundur diri dan macam-macam lagi adab yg perlu dipatuhi.
Di dalam mengharungi perjalanan menuju kepada Allah s.w.t , seseorang itu memerlukan seorang yang Arifbillah untuk membimbingnya supaya dapat membersihkan diri daripada segala kekeruhan dan kekotoran hati sehingga dia sampai mengenal Allah s.wt.
Allah s.w.t berfirman di dalam surah Al-maidah ayat 35 :
“ Wahai orang-orang yang beriman takutlah kepada Allah dan carilah wasilah kepadanya ” Di dalam ayat tersebut Allah taala menyatakan dengan wasilah yang bermaksud rabitoh atau perantara. Kata Al-Imam Ibnu Kathir r.a :
“ Wasilah ialah sesuatu yang dapat menyampaikan dengannya untuk menghasilkan maksud”
Kata Imam Sayuti didalam Tafsir Al-Jalalain :
“ Setiap sesuatu yang mendekatkan seseorang kepada Allah taala yang terdiri daripada ketaatan kepadanya ”.
Bagi golongan sufi, wasilah bermaksud seorang Arifbillah yang mampu mentarbiah dan membimbing manusia untuk menggilapkan jiwa daripada nafsu-nafsu yang tercela sehingga ia dapat mengenal Allah taala dengan sebenar – benarnya. Mereka juga dikenali dengan Syeikh, Mursyid atau Murabbi. Tanpa bimbingan daripada mereka manusia akan terjerumus ke dalam lembah kesesatan. Kata Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi di dalam kitab Tanwirul Qulub : “Sesiapa yang tiada guru yang membimbingnya maka syaitanlah yang menjadi gurunya.”
HUKUM BERWASILAH
Berwasilah kepada seorang Syeikh yang bersambung sanadnya sampai kepada Rasulullah s.a.w adalah wajib bagi mereka yang mahu mengharungi perjalanan mengenal Allah dengan sebenar - benarnya. Kata Syeikh Tajuddin Naqshabandi di dalam Risalah Al-Makiah : Ruj : Sairus salikin Jilid 3, Abdul Samad Palembang :
“ Mencari guru di dalam perjalanan ahli sufi adalah wajib ke atas setiap murid yang salik dan jikalau adalah ia daripada sebesar - besar ulama sekalipun ”.
Untuk renungan:
Orang awam bila buat salah ditegur oleh para ustaz. Bila ustaz buat salah siapa yang akan tegur mereka? Jawapan: Mereka akan ditegur oleh ulama' itupun jika mereka ada guru yg masih hidup yang melihat tindak tanduknya. Para ustaz sebenarnya perlu berguru dengan Ulama'. Inilah maksud "Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga ke liang lahat (kubur).
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
TAREKAT AHMADIYAH (Syeikh Ahmad Badawi)
Pengasas tareqat ini ialah Sheikh Abu Fatayan Ahmad bin Ali bin Ibrahim bin Muhammad bin Abi Bakar Al-Badawi. Beliau dilahirkan di bandar Fas pada tahun 596 Hijrah. Semasa berusia 4 tahun, beliau telah berpindah dengan ibu bapanya ke Mekah dan menetap di sana sehingga ibu-bapanya meninggal dunia. Semasa berada di Mekah, beliau telah dapat menghafal Al-Quran dan belajar ilmu dalam Mazhab Imam Syafei. Kemudian beliau pergi ke Mesir dan tinggal di Tanta, iaitu di atas sutuh di sebuah rumah. Pernah beliau tidak menjamah makanan dan minuman selama 40 hari. Keadaannya senantiasa berdiri melihat ke langit sehingga matanya menjadi seperti bara api. Di atas sutuh itulah anak-anak muridnya datang untuk mendengar syarahan khususiah. Beliau wafat pada 675 Hijrah. Tareqat beliau berkembang pesat di Mesir khususnya dan di merata pelusuk negara Islam termasuklah Negara Malaysia.
(Ada 2 tarekat Ahmadiyah, lagi satu dari Syeikh Ahmad Idris yg berasal dari Maghribi, beliau lebih terkenal dengan nama tarekat Idrisiah di timur tengah, tetapi terkenal dengan nama Tarekat Ahmadiyah Idrisiyah di Malaysia )
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
Sanad Zahiri & Sanad Uwaisi
Sanad bermaksud tempat sandaran/rujukan. Silsilah pula ialah rantai. Dari segi istilah dalam ilmu Tasawuf, sanad & silsilah dirujuk sebagai nama orang yang disandarkan asuhan dan didikan turun temurun, dari satu guru kepada muridnya. Kemudian muridnya pula menjadi guru dan seterusnya mengasuh anak muridnya yang baru sepertimana dia menerima asuhan dari gurunya yang lalu.
Kerana itulah nama saya tidak akan saya catat dalam sanad tarekat kerana saya tidak memimpin tarekat walaupun saya menerima asuhan dari guru mursyid yang mempunyai sanad. Dalam kata lain, setakat ini saya masih belum mencapai makrifatullah. Jika sampai pun, belum tentu saya akan memimpin tarekat. wallahu a'lam.
Makna "akhoza" (mengambil tarekat) ialah terima tarekat, beramal hingga berjaya mencapai makrifatullah sebagaimana syeikh Ahmad Idris diasuh oleh gurunya iaitu Syeikh Abul Qosim r.a. Kemudian Syeikh Ahmad Idris mengasuh muridnya Syeikh Ibrahim Ar-Rasyid r.a. Ini dinamakan lafaz sanad zahiri (iaitu dapat ditulis nama susunan guru-murid).
Walaubagaimanapun terdapat sesetengah syeikh yang menerima asuhan melalui jalan rohani sepertimana Uwais al-Qarni menerima asuhan terus daripada Rasulullah s.a.w. walaupun tanpa bersemuka / berjumpa jasad. Begitu juga dengan Syeikh Abdul Qadir Jilani yang diasuh oleh Nabi Khidir a.s. dalam alam rohani walaupun hidup berlainan zaman. (Alam rohani bermaksud ruh bertemu ruh). Asuhan sebegini disebut sebagai sanad uwaisi. Perkara ini di ingkari oleh ahli tarekat yang tidak sampai kepada makrifah kerana mereka masih berpegang dengan zahir sanad. Kerana itulah Uwais al-Qarni merahsiakannya dari umat Islam dizamannya. Sedangkan kita telah akui, jika Tuhan menghendaki sesuatu pasti ia akan terjadi, tiada yang mustahil di alam ini jika dikehendaki Allah ia terjadi.
Malangnya sanad uwaisi ini telah dipermainkan oleh golongan ahli sufi tiruan. Mereka mendakwa menerima asuhan yg sama seperti uwais tetapi berakhlak seperti Abu Jahal. golongan inilah yg ditentang oleh Syeikh Abdul Qadir Jilani seperti yg beliau catat dalam Kitab Sirrul Asrar.
Terkadang boleh jadi juga seseorang menerima 2 asuhan iaitu sanad zahiri dan sanad uwaisi serentak dalam hidupnya. Seperti
"Syeikh Ibrahim Ar-Rashid juga pernah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Dalam pertemuan itu, beliau telah menerima beberapa amalan zikir daripada Rasulullah s.a.w. Sebab itulah terdapat beberapa amalan Syeikh Ibrahim yang tidak pernah diajar oleh Syeikh Ahmad ibn Idris. Ia adalah amalan-amalan yang diterima secara langsung daripada Rasulullah tanpa perantaraan."
Cuma sanad zahir adalah adab zahiriah yang biasa berlaku ke atas tokoh-tokoh sufi terkemuka. Manakala jika seseorang itu hanya menerima sanad uwaisi, kebiasaannya dia akan lebih banyak menyendiri dan tidak dikenali.
Wajib bagi orang yang hendak berjalan mengambil sanad (asuhan) dari guru yang mursyid yang telah sampai kepada makrifatullah. Sebagaimana hukum dunia yang mewajibkan seseorang berguru dalam proses belajar memandu kereta untuk lulus ujian JPJ dan untuk dapatkan kemahiran memandu dengan betul, bukan setakat membaca buku "panduan memandu".
Sempurna atau tidak perjalanan kerohanian seseorang guru tidaklah dapat diketahui melalui pancaindera yang 5, ia hanya dapat diketahui oleh Allah, rasul dan para awliya' sahaja yang mengetahui. Sepertimana kata pepatah "hanya intan mengenal manikam". Jika kita jujur dan lurus hati kepada Tuhan, solat hajat-doa dan munajat adalah cara terbaik untuk mendapatkan kasih sayang panduan istikharah dari Allah Ta'ala.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
BURDAH - KHIRQOH
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Burdah atau khirqoh adalah dua kata yang sama artinya, sekaligus mempunyai makna yang berbeda. Burdah bisa menunjuk kepada jubah kebesaran khalifah yang menjadi salah satu atributnya (kekhalifahan). Dikenakan bilamana ada acara kenegaraan dan acara-acara resmi lainnya, agar bisa tampak berbeda dari pemimpin-pemimpin negara lainnya, pejabat-pejabat pemerintahannya, dan kelihatan berwibawa dihadapan sahabat-sahabatnya, teman-teman dan rakyatnya. Burdah juga bisa bermakna, sebuah qasidhah yang dipersembahkan kepada Nabi,saw. Sedangkan khirqoh atau burdah dalam tradisi kesufian, bermakna penyematan jubah oleh seorang mursyid kepada muridnya, sebagai tanda bahwa ia telah diridhoi gurunya.
Para sultan terdahulu percaya, bahwa merawat dengan baik dan mengenakan burdah, jubah mulia Nabi,saw., (khirqa-i syarif), akan mengantarkannya kepada kejayaan. Dan demikian pula dengan membaca burdah (qasidhah) dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit, melapangkan dada dari kesempitan, dan melancarkan rizki, serta menjauhkan musuh dan terhindar dari orang-orang yang iri dan dengki. Sejarah mencatat bahwa Nabi,saw., pernah memberikan burdah kepada seorang penyair yang bertaubat. Atas karyanya yang fenomenal, berjudul banat su’ad (Su’ad telah pergi), berisi syair sanjungan kepada Nabi,saw., dan para sahabatnya, terdiri dari 59 bait ada yang mencatatnya sebanyak 58 bait. Tadinya ia kafir dan banyak membuat syair yang menentang Islam dan pemeluknya. Orang yang sangat beruntung itu bernama Ka’ab Ibn Zuhair,ra. Tidak saja jubah yang ia terima, bahkan tangannya pernah bersentuhan dengan tangan Nabi Muhammad,saw., yang suci. Setelah ia wafat, Muawiyah bin Abu Sufyan (sultan pertama dari dinasti umayyah) membeli Jubah dimaksud dari akhli warisnya dengan nilai yang sangat tinggi, dan selalu dipakainya dalam acara kenegaraan. Tradisi ini berlangsung hingga kesultanan Abbasiyah dan berakhir pada Kesultanan Ottoman. Burdah ini telah dipakai oleh para sultan atau penguasa Islam hampir 1.300 tahun lamanya. Sangat disayangkan setelah usai perang dunia pertama dan kedinastian Ottoman berganti menjadi republik, burdah ini tidak pernah dipakai lagi dan tersimpan rapi di Meseum Topkavi, Istanbul, Turki. Nasib burdah ini, persis seperti kejayaan Islam yang tinggal menyisakan cerita-cerita panjang, pemeluknya saling berebut ketenaran dan merasa benar sendiri, naluri dikedepankan sedangkan ruhani terpenjara rapat didalam hati. Semoga saja dikemudian hari, kepala negara Turki berkenan memakainya kembali, khususnya diacara kenegaraan agar dunia bisa melihatnya, bahwa Islam akan tetap besar dan murni sampai akhir zaman nantinya, agar Islam bisa bangkit kembali layaknya dinasti Ottoman terdahulu yang hampir menguasai setengah dunia.
Syaikhuna (semoga Allah merahmatinya) nyaris pingsan saat melihat burdah yang dimuliakan ini, tak kuasa menahan sebuah rasa yang datang secara tiba-tiba, beliau berlari kecil meninggalkan murid-muridnya dan menangis dengan kerasnya. Didekatnya ada pakaian yang biasa dipakai oleh Sayyidah Fatimah,ra., dan kedua puteranya, Sayyidina Hasan,ra., dan Sayyidina Husain,ra. Tidak masuk akal, anak dan cucu dari penguasa dua dunia, pemimpin para manusia dan Jin serta pemimpin Arab dan bukan Arab, mengenakan pakaian yang teramat sederhana. Seorang salik bahkan mendekap wajahnya karena malu disaat melihatnya, lalu berkata kepada salik yang lain : ‘Sungguh mengagumkan mereka yang diberkahi itu, pakaiannya amatlah sederhana,namun indah dan kokoh keimanannya. Sedangkan kita sebaliknya, memakai pakaian yang indah-indah namun lemah keimanan kita.’ Lalu ia menangis tersendu-sendu dan hampir-hampir ruhnya lepas dari jasadnya. Orang-orang yang hadir terheran-heran melihat kejadian yang demikian itu.
Peristiwa pemberiaan burdah oleh Nabi,saw., menjadi inspirasi bagi para sufi untuk menulis puisi, guna mengekspresikan rasa yang meluap-luap didalam dadanya atas kecintaan dan kekagumannya kepada Nabi,saw., yang sangat dihurmatinya itu (fana’u Rasul). Nyaris tidak ada kitab yang ditulis para sufi melainkan didalamnya terdapat puisi-puisi. Tidak ada bahasa yang dapat digunakan untuk mewakili pengalaman ruhani, alasan inilah mengapa mereka menuangkan dalam bentuk syair-syair yang elok. Yang tentunya hanya bisa diartikan dengan tepat oleh orang-orang yang menapaki jalan kesucian. Syaikhuna (semoga Allah merahmatinya) berkata : ‘Bahasa ruh berbeda dengan bahasa alam syahadah, oleh karenanya isyarat dalam mimpi yang dialami para pejalan wajib hukumnya disampaikan kepada gurunya, syaikhnya, guna mendapatkan penjelasan yang memadai.’
Kisah, di Mesir kira-kira tahun 608 H/1213, seorang yang berperawakan kecil dan kurus, mempunyai talenta menulis pujian berupa syair yang indah. Keakhliannya digunakan untuk mencari nafkah dengan menulis pujian kepada para pejabat. Allah SWT membuatnya terkena penyakit lumpuh total, dan harus terbaring ditempat tidur. Dalam keadaan yang demikian, ia baiat kepada tarekat Sadziliyah dibawah bimbingan seorang mursyid yang agung, Syaikh Abu al-Abbas al-Mursyi,qs., murid dari Imam Abu al-Hasan al-Sadzili,qs. Ia melakukan dengan ketat latihan-latihan spiritual, riyadhah dan mujahadah dilakukannya dengan gigih meskipun ia lumpuh. Di saat rasa kecintaan kepada Nabi,saw., meluap-luap (fana’u Rasul), beliau tuangkan didalam puisi yang demikian indahnya, yang diberi judul Al Kawakib ad-Durriyyah fi al-Madh alaa Khair al-Barriyah (Bintang-bintang gemerlap tentang pujian terhadap sang Manusia Terbaik). Suatu malam beliau bermimpi, ubun-ubun kepalanya diusap oleh Nabi,saw., dan menyelimuti tubuhnya dengan burdah. Penghargaan yang sedemikian tingginya itu, diperolehnya atas karyanya tentang puji-pujian dalam bentuk puisi itu. Ajaib, keesokan paginya segala macam penyakitnya lenyap, beliau dapat berjalan layaknya anak muda. Masyarakat disana menjadi gempar, dan tersiarlah ihwal mimpinya itu. Sejak saat itu, kitab beliau lebih dikenal dengan nama burdah. Lalu kaum muslimin percaya bahwa, dengan membaca burdah dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit, baik penyakit lahiriyah ataupun penyakit batiniyah. Orang yang sangat mulia dan ditakdirkan menulis burdah itu, bernama Abu Abdillah Syaraf ad-Din Muhammad Ibn Sa’id Ibn Hammad Ibn Muhsin Ibn Abdillah Ibn Shanhaj Ibn Mallal al-Bushiri, dikenal dengan nama Imam Bushiri,qs. Di lingkungan tarekat Sadziliyah, beliau hidup sejaman dengan Syaikh Ibnu Athaillah,qs., penulis karya agung al-Hikam.
Di Indonesia burdah sangat dikenal luas, tidak saja masyhur dilingkungan pesantren, melainkan juga di sejumlah besar kalangan masyarakat. Karena syair-syairnya indah, berisi shalawat dan kisah tentang keagungan Nabi,saw., serta sarat dengan pelajaran tasawuf, khususnya tentang nafs. Kakek buyut Syaikhuna dari garis ibundanya, mendapatkan gelar dari masyarakat di Banjarsari, Jawa Barat sebagai Ajengan Burdah, karena begitu piawainya melantunkan burdah ini dan karomahnya sangatlah menonjol. Jumlah syair burdah 163 bait, setiap baitnya berkahir dengan huruf ‘mim’. Dikalangan komunitas pesantren mempunyai tradisi yang sudah mendarah daging dalam pembacaan sejarah hidup (tarikh), shalawat dan puji-pujian terhadap Nabi Muhammad,saw., yang mereka sebut dengan istilah syi'iran. Semua sufi sepakat bahwa didalamnya terkandung nilai sastra yang sangat tinggi. Keistimewaan lain dari burdah ini, adalah dapat dibaca dengan irama tertentu, dimana masyarakat Indonesia gemar akan bunyi-bunyian yang seperti ini. Setiap malam Jum’at syair ini dibaca secara berjamaah dengan nada yang indah. Masyarakat kota pun masih membacanya, khususnya bila menempati rumah baru, atau adanya bencana banjir, atau penyakit yang mewabah, maka burdah ini dibaca sebagai wirid ataupun hizib yang diyakini mujarab. Kepopuleran burdah ini hanya bisa disamai dengan Qashidah Barzanji, Qashidah Diba'iyyah, Qashidah Syaraf al-Anam dan Dalail al-Khairat. Beliau wafat di Iskandaria dan dimakamkan di dekat bukit al-Mughaththam tidak jauh dari Cairo, Mesir. Makam beliau berdekatan dengan makam Muhammad Ibn Idris asy-Syafi’i atau dikenal dengan nama Imam Syafi’i.ra. Jika makam Imam Syafi’i,ra., menyimpan qadam syarif (jejak kaki yang mulia) atau kadang disebut qadam Rasul, maka makam Imam Bushiri dipenuhi dengan kaligrafi burdah.Syaikhuna (semoga Allah merahmatinya)pernah berziarah ke makam kedua Imam yang mulia ini. Bersama sahabatnya melantunkan ayat-ayat suci al-Qur'an serta dzikir jahr (dzikir yang berbunyi) dihadapan pusara Imam Syafi'i, sedangkan di hadapan pusara Imam Bushiri, beliau terlihat diam seribu bahasa, dan hanya meninggalkan butir-butir air mata sucinya sebagai hahasa syair yang tinggi nan elok yang dihadiahkan teruntuk Imam Bushiri.qs.
Langganan:
Postingan (Atom)
Entri Unggulan
Maksiat Hati.
Ketatahuilah bahwasanya agama islam sangat mengedepankan akhkaq yang baik serta hati yang bersih dari segala penyakit yang akan menyengsarak...
Entri paling diminati
-
Ibnu Mash’ud berkata: “Ketika Rosulullah saw telah mendekati ajalnya, beliau mengumpulkan kami sekalian dikediaman ibu kita Siti Aisyah, kem...
-
Foto dari Dokumentasi Perpustakaan MEKKAH, tentang 4 orang Waliyullah dan Ulama Besar Indonesia yang menuntut ilmu agama di MEKKAH sedan...
-
Rahasia nasehat dari sufi adalah sebuah pahaman menuju "Jejak keagungan", t api terhadap peristiwa ini se...