Rabu

Munajat Al-Faaqir

بسم الله ألرحمن ألرحيم
Ya Allah dengan Engkau aku minta pertolongan maka tolonglah aku.
Dan dengan Engkau aku terkaya maka kayakanlah aku.
Dan atas Engkau aku berserah maka padakanlah aku.
Wahai Tuhan Yang Mencukupi cukupkanlah aku segala perkara yang penting daripada urusan dunia dan akhirat.
Wahai Tuhan Yang Pemurah di dunia dan di akhirat dan Yang Amat Mengasihi keduanya bahawasanya :
Aku adalah hamba Mu berada di pintu Mu.
Aku adalah orang yang hina berada di pintu Mu.
Aku adalah orang tawanan Mu berada di pintu Mu.
Aku adalah orang yang miskin berada di pintu Mu.
Aku adalah tetamu Mu berada di pintu Mu.
Wahai Tuhan Sekalian Alam.
Aku adalah orang yang jahat berada di pintu Mu.
Wahai Tuhan Yang Menolong orang yang minta tolong (pertolongan).
Aku adalah orang yang dukacita berada di pintu Mu.
Wahai Tuhan Yang Menghilangkan tiap-tiap kesusahan sekalian orang yang susah.
Aku adalah orang yang derhaka.
Wahai Yang Meminta segala orang yang meminta ampun lagi mengaku berada di pintu Mu.
Dan juga mengaku kesalahan berada di pintu Mu.
Wahai Tuhan Yang terlebih Kasih dari segala yang kasih.
Akulah bersalah berada di pintu Mu.
Wahai Tuhan Sekalian `Alam.
Akulah orang yang zalim berada di pintu Mu.
Aku adalah hamba Mu yang papa lagi khusyu` berada di pintu Mu.
Kasihanilah aku wahai Tuhanku.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar