Ke-Sufian Adalah Hidayah Allah


Rasulullah s.a.w. Tidak semua manusia dipilih oleh Tuhan untuk mengikuti jalan kerohanian (tarekat) dan menghayati kesufian sepertimana yang Rasulullah s.a.w. ajarkan, walaupun orang itu banyak jasanya terhadap agama. Kadangkala Tuhan uji dahulu hambaNya, samada nak dahulukan urusan dunia atau urusan akhirat.

Satu kisah contoh, ketika seorang ustaz yg banyak jasanya hendak pergi ke surau, tetapi saat itu dia dipanggil oleh bosnya, lalu dia mendahulukan urusan bosnya. maka ketika itulah dia gagal dlm tapisan awal utk mendapat kesufian. lalu dunia dan pangkat terhidang dihadapannya. Lulus dunia, gagal akhirat.

Tak perlu kita bahaskan siapa yg Tuhan pilih, kenapa Tuhan tak pilih org lain. Cuma kita disuruh menghayati siapa yg Tuhan pilih utk mengikuti jalan kerohanian ini.

Jika di istana, raja memberikan pingat kpd menterinya yg disukainya, padahal jika ditinjau tukang kebunlah yg sepatutnya dapat pingat kerana penat lelah menjaga halaman istana agar kelihatan indah. Itulah namanya "ANUGERAH" yg tidak mengenal siapa kerana ia hak mutlak Tuhan Yg Maha Bijaksana.
Jika anda
mahu berjinak dengan tarekat, biarkanlah suara sumbang penentang tarekat berkata-kata.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Entri Unggulan

Maksiat Hati.

Ketatahuilah bahwasanya agama islam sangat mengedepankan akhkaq yang baik serta hati yang bersih dari segala penyakit yang akan menyengsarak...

Entri paling diminati